Monday 14 May 2012

Pengenalan

Manusia menjalankan pelbagai kegiatan untuk mencapai kemajuan. Contohnya, hutan ditebang dan dibakar untuk membuka kawasan pertanian, petempatan, dan perindustrian. Kegiatan manusia ini telah membawa kesan buruk terhadap alam sekitar serta dapat mempengaruhi cuaca dan iklim sesuatu kawasan. Antara beberapa kesan buruk terhadap cuaca dan iklim itu termasuklah
*kesan rumah hijau
*pulau haba bandar
*jerebu 
*penipisan lapisan ozon 
*hujan asid 
*kemarau

                 

                Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca Dan Iklim




                JEREBU
                Berlaku apabila:
                *Terdapat debu, asap, abu,gas dan bahan pepejal
                     terampai di atmosfera
                *Jarak penglihatan terhad sehingga satu atau dua
                     kilometer sahaja
                Punca -punca:
                *Pembakaran terbuka dan
                *Pelepasan asap kilang dan kenderaan
                Kesan-kesan :
                *Mengganggu pernafasan
                *Radang paru-paru
                *Sakit mata




                KEMARAU
                Berlaku apabila:
                * Cuaca kering berpanjangan
                * Terdapat sedikit hujan sahaja dalam tempoh 
                     yang lama.
                Punca-punca:
                * Kemusnahan kawasan hutan secara berleluasa
                * Peningkatan suhu dunia
                * Penipisan lapisan ozon akibat pencemaran udara
                Kesan:
                *Kekurangan bekalan air
                *Kemerosotan hasil pertanian
                *Menghalang perkembangan kegiatan pertanian,  
                    penternakan, dan perindustrian



                KESAN  RUMAH  HIJAU
                Berlaku apabila:
                *Pemanasan atau peningkatan suhu bumi
                Punca-punca:
                *Pelepasan gas seperti karbon dioksida,karbon monoksida yang    
                     terhasil dari pembakaran bahan api fosil.
                *Pembakaran hutan
                *Kemusnahan hutan akibat pertanian pindah
                *Urbanisasi yang mengakibatkan banyak karbon dioksida dan habuk.
                Kesan-kesan:
                *Pencairan ais kutub dan kenaikan aras laut
                *Cuaca dunia tidak menentu
                *Aktiviti pertanian,penternakan dan perikanan akan terjejas



                HUJAN  ASID
                Punca-punca :
                Disebabkan air hujan yang turun akan bergabung 
                dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang
                terdapat di atmosfera.
                Kesan hujan asid:
                *Tanih berasid merosakkan tanaman
                *Memusnahkan hidupan dan tumbuh-tumbuhan
                *Merosakkan bahan dan barangan besi serta bangunan
                *Mencemarkan air sungai,kolam dan tasik
                *Menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan  
                     memudaratkan  kesihatan manusia dan haiwan



                PENIPISAN  LAPISAN  OZON
                Punca-punca:
                Perindustrian-industri yang membebaskan kloroflorokarbon dan 
                 halon  daripada industri penghawa dingin,industri keluaran
                 foam,industri aerosol,industri kimia dan lain-lain.
                Ujian nuklear
                Penggunaan kenderaan motor
                Penyahutanan
                Kebakaran hutan
                Kesan-kesan:
                Gangguan kesihatan seperti penyakit dan katarak mata
                Suhu dunia meningkat dan boleh menyebabkan risiko banjir laut
                Air tercemar akibat kehidupan air semakin pupus



                PULAU  HABA  BANDAR
                Berlaku apabila:
                * Keadaan pusat bandar mengalami suhu lebih tinggi 
                      daripada kawasan sekitarnya.
                * Suhu semakin bertambah dari kawasan pinggir bandar  
                      ke kawasan bandar
                Punca-punca:
                * Jalan dan bangunan konkrit menyerap haba.
                * Bangunan tinggi yang rapat akan menghalang haba mengalir     
                      keluar.
                * Karbon dioksida daripada kilang dan kenderaan  
                      menyebabkan kesan rumah hijau.
                * Tumbuhan yang kurang.
                Kesankesan:
                * Suhu bandar akan meningkat, menambahkan kandungan gas rumah
                      hijau





                Soalan Uji Minda

                Kesimpulan